~Amalan untuk terlepas dari seksa kubur~

.

Jangan sesekali tinggalkan Al-Quran. Ni cara mudah untuk lepaskan diri dari seksa kubur.

.

Rumah yang dibacakan Al-Quran pada waktu malam, rumahnya bercahaya sehingga dikenali para Malaikat. Jika mati orang yang suka baca Al-Quran, cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit dan para Malaikat akan tahu, ohh… mati sudah si pembaca.

.

Al-Quran ni, mari kita solatkan rohnya. Di dalam kubur, Malaikat akan berlemah-lembut dengan mayat. Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandikan dan dikafankan serta terus menemani kita di dalam kubur.

.

Jangan tinggalkan Al-Quran. Jangan tinggalkan Al-Quran.

Azab kubur mula bila mayat tak dapat menjawab soalan² Malaikat. Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari. Penting 7 hari ni kita mendapat doa dari anak² yang soleh supaya hari² kita indah di dalam kubur.

.

Masa mayat tu duduk, kita akan sedar, ohh… aku dah mati 😭

Pesanan terakhir dari Ustaz, sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada surah Al-Mulk di dalam dada kita.

InsyaAllah. Amin Allahumma Amin.

.

Celakalah orang yang tak dapat menjawab soalan mengenai Rasullullah Sallallahu ‘Alayhi Wasallam.

.

Dalam kubur, Al-Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yang dulu kamu baca dengan suara yang lantang dan mendayu. Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke Syurga. Lepas tu, baru Al-Quran akan lepaskan mayat kepada Malaikat Yang akan menyoal.

Be the first to comment on "~Amalan untuk terlepas dari seksa kubur~"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*