~HIKMAH DI SEBALIK UJIAN~

 

😊😊Kegagalan, kerugian, kesakitan, perpisahan dan kematian mempunyai kebaikan jika semua itu datang daripada Allah SWT.

.

     Hikmah yang berlaku itu mungkin kita tidak dapat melihat disebabkan oleh mata hati kita yang buta.

.

Bukalah mata hati untuk melihat sesuatu yang tersirat daripada yang tersurat supaya kita selalu dapat dihubungkan dengan Allah SWT untuk ditambahkan keimanan.

.


Mereka yang diberi kemewahan, kekayaan dan kejayaan juga adakah ujian. Gunalah sebaiknya ke jalan yglang diredhai Allah.

Setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmah.
Mungkin di akhir tempoh PKP kelak.. kita sudah berjaya menghafaz beberapa surah Al-Quran, dan memperbaiki amalan sholat.
.

Atau mungkin di akhir tempoh PKP ini.. kita sudah memiliki sebuah perniagaan secara online sendiri, yang mana sebelum ini, tak sempat pun nak belajar dan buat.
 
.

Atau mungkin di akhir tempoh PKP ini.. kita mampu menguasai suatu kemahiran baru dalam hidup.. mungkin kemahiran memasak, membuat kuih, menjahit? Mengajar anak-anak di rumah?.. semua kemahiran itu mungkin akan boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan pula nanti.
 
.

Betapa ujian yang diaturkan oleh Allah itu sangat berhikmah dan penuh keajaiban!
Jadi, marilah kita bersyukur dan sentiasa bersabar dengan ujian ini
Pasti ada hikmah disebaliknya.
 
.

kita tidak akan diberi ujian di luar kemampuan kita ,kerana allah tahu sejauh mana kemampuan kita..
 
.

sentiasalah berbaik sangka pada setiap ujian yang diberikan ,kerana allah menyayangi hambanya yang sentiasa bersabar dan redho atas ketentuan allah saw.💪

1 Comment on "~HIKMAH DI SEBALIK UJIAN~"

  1. Mantap lah..penjelasan yg baik

Leave a comment

Your email address will not be published.


*