~10 NASIHAT SHEIKH ALI JABER~

 “BAHAGIA ITU IBARAT KUPU-KUPU,JIKA KAMU MENGEJARNYA ,IA AKAN LARI DARIMU,TAPI JIKA KAMU DUDUK  DENGAN TENANG,IA AKAN TURUN KE TANGANMU ,MAKA SABARLAH ,KERANA SABAR ITU INDAH

“HIDUP TIDAK AKAN BERHENTI ,ALLAH AKAN SENTIASA MENGIRINGINYA DENGAN KELEMBUTAN DAN RENCANA-NYA,DENGAN HARAPAN BARU DAN TEKAD YANG TIDAK PERNAH HILANG”

”SAAT KAMU SAKIT GIGI, INGATLAH BAHAWA RASULULLAH YANG PATAH GIGI BAGINDA KERANA PERANG, SAAT KAMU DIFITNAH ,INGATLAH RASULULLAH DIFITNAH PENYIHIR”

“JANGAN MEMBERITAHU SESIAPAPUN TENTANG MAKSIATMU KERANA 2 SEBAB :PERTAMA ,KERANA MAKSIAT BUKAN UNTUK DIBANGGAKAN ,KEDUA ,KERANA MANUSIA TAKKAN MELUPAKAN KEBURUKAN WALAUPUN KAMU TELAH BERTAUBAT” 

“BILA YANG DITIMPA MUSIBAH ITU ORANG YANG KITA CINTA, MAKA KITA AKAN KATA ITU PENGHAPUS DOSA, BILA YANG DITIMPA MUSIBAH ITU ORANG YANG KITA BENCI ,MAKA KITA AKAN KATA ITU HUKUMAN DARI ALLAH,BERHATI-HATILAH JANGAN MENGHUKUMI TAKDIR ALLAH MENGIKUT HAWA NAFSU KITA”

“JIKA SEORANG HAMBA TAHU BAGAIMANA ALLAH MENGATUR SELURUH HIDUPNYA,MAKA PASTI DIA AKAN TAHU BAHAWA ALLAH MENYINTAINYA LEBIH DARI KEDUA ORANG TUANYA MENYINTAINYA,DAN SECARA LANGSUNG HATINYA AKAN CONDONG UNTUK MENCINTAI ALLAH”

“KACA YANG PECAH ,SUARANYA AKAN HILANG DAN MENINGGALKAN SERPIHAN YANG AKAN MELUKAKAN SESIAPA YANG MENYENTUH NYA,BEGITU JUGA PERKATAN YANG MELUKAKAN HATI,SUARA YANG CEPAT AKAN HILANG TAPI LUKANYA AKAN KEKAL UNTUK WAKTU YANG LAMA ,OLEH ITU JANGANLAH BERKATA SESUATU KECUALI YANG BAIK-BAIK SAJA”

“JIKA KAMU MERASA SANGAT NYAMAN ,AMAN DAN TANPA RASA TAKUT DI KEDIAMANMU,APA LAGI YANG KAMU HARAPKAN SELAIN ITU?ATAU KAMU MAHU LAUTAN YANG PENUH  DENGAN HARTA?PUJI DAN SYUKUR  KEPADA ALLAH ATAS KEBAHAGIAN YANG KAMU MILIKI DAN AKUILAH NIKMAT TERSEBUT  DENGAN PENGAKUAN YANG TULUS”

“HATI AKAN MATI TANPA AL-QURAN ,HATI AKAN KERAS JIKA TIDAK DIUBAT DENGAN AL-QURAN ,HATI JUGA TIDAK AKAN BAHAGIA KECUALI DENGAN AL-QURAN,MAKA JADIKANLAH AL-QURAN SAHABAT YANG SELALU MENEMANIMU ,SUNGGUH AL-QURAN AKAN MEMBERI PETUNJUK KE JALAN YANG LURUS”

 

Be the first to comment on "~10 NASIHAT SHEIKH ALI JABER~"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*